Thursday, January 14, 2010

Untuk isteri ...kau ku hargai

Mulianya kau disisi Allah...
Dan betapa berharganya kau yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi lah aku kiranya tidak menghargai isteri
kerana kau isteriku lah yang akan membantu ku di akhirat kelak.
Kau isteriku yang cantik rupawan,
kau kan sentiasa ku sayang,
kau tetap kusayang......

Beruntungnya kau seorang wanita yg ada rahim ,kau bekerja
dengan izin Allah... jadi rumah pertama anak-anakku.
Tiap-tiap bulan kau diberi pelepasan ...
atas sifat kau sebagai seorang perempuan...

7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu juga waktu terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
kaulah yang melahirkan zuriat kita, kau menyusukan anak kita ....
Memberikan kasih sayang mu yang tiada sempadannya
membesar dan memdidik agar anak kita memiliki akhlak mulia


Isteriku sayang
Betapa Allah memeliharamu
$Sepanjang kau mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosamu
Lahir saja bayi seluruh dosamu dihapuskan..
Begitu besar perjuanganmu sayang
Inilah nikmat Tuhan beri kepada mu,
Betapa aku aku iri hati melihat kasihnya Allah pada mu

Isteri ku
aku tak akan menyakiti hati mu
kan ku kasihi mu sepenuh ragaku
kau lah jiwa dan bidadariku
Tak kan ku kecewakan hatimu
dengan kesilapan ku

Akan ku bimbing diriku kearah kebaikan
kerana seluruh kebaikan ku, semuanya kau perolehi pahalanya
tetapi dosa-dosa suami mu tidak sedikit pun kau tanggung.
Itulah kelebihan mu sebagai isteri

Agar diakhirat nanti wahai isteriku,
kau akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak kau terima
diatas segala kebaikan suamimu yang tak kau sedari.

Isteriku yang ku sayang
Diceriakan padaku oleh ustaz dan buku-buku
Di akhirat kelak kau kan bukti kan kasih sayangmu
Bila kau melihat suamimu sukar diatas titian Sirat
kau enggan memasuki sendirian tanpa ku,
ketika utu lah kau memberi pahala mu kepada suamimu
untuk lepas ku menyertaimu memasuki syurga.

Isteriku
Kau sentiasa disisiku ketika ku dalam kesusahan
Betapa tulus kasihmu
membina impian masa depan bersama
Menghiasi indah mahligai dengan kasih sayangmu
kau rancang kehidupan dengan kasih dan cinta
tanpa sedikitpun ragu dan curiga


Isteriku sayang
Ses ungguhnya kau adalah isteri yang sangat baik
Tanpa merintih menunaikan tanggungjawab
Aku kan sentiasa berusaha membalas kebaikan mu.
Dengan sentiasa mempertahan maruah mu dan keluarga kita
Mendapingi mu pada setiap masa
Sentiasa mendoakan mu agar sentiasa sejahtera, dirahmati dan dipermudahkan segala urusan dunia

"Wahai Tuhan...
ku pohonkan kepadamu
Ampun kan segala dosa ku, dosa ibu bapaku , isteriku dan anak-anakku
Hiasi rumahtangga mahligai cintaku dengan nur kasihmu
Kekalkan nya hingga ke akhir hayatku
Tetapkan hatiku, cintaku, kasih dan sayangku untuk isteriku

"Ya Tuhanku
Kerana Engkau maha memberi rahmat
Rahmati isteriku
Kurniakan segala kebaikan didunia ini,ketenangan, kedamaian, kasih sayang, keamanan dan kesabaran yang tinggi untuk isteriku

Perkenankan lah doaku Wahai Tuhan ku"

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......



Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

No comments:

Post a Comment