Tuesday, May 4, 2010

Mewujudkan Hubungan Baik Anak Dengan Ibu Bapa

Mewujudkan Hubungan Baik Anak Dengan Ibu Bapa
17 Jamadil Awal 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Anak wajib berbuat baik terhadap ibu bapanya. Sekiranya tidak, ia telah melakukan satu dosa. Di dalam al-Quran tidak terdapat perintah khusus agar seseorang bapa mengasihi anaknya, tetapi sebaliknya yang lebih banyak ialah perintah kepada anak supaya mengasihi ibu bapa.

Walaupun tidak banyak ayat yang memerintah ibu bapa untuk mengasihi anak, namun banyak hadis yang menyebut mengenainya.

Sabda Rasulullah s.a.w.:


لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَلَمْ يُكْرِمْ كَبِيرَنَا

Ertinya: Bukan daripada golongan kami (Nabi Muhammad) mereka yang tidak mengasihi orang kecil (anak muda) dan tidak memuliakan orang besar (orang lebih umur – pemimpin).

Memang secara outomatik ibu bapa akan mengasihi anaknya. Seorang bapa, apatah lagi ibu, amat sayang kepada anaknya sehingga ia sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Ia sanggup bersusah payah bekerja siang dan malam, menggerakkan segala usaha dan tenaga, di mana semuanya itu adalah untuk kebahagiaan anaknya.

Namun ada anak yang tidak sedar atau tidak dapat merasai bahawa ibu bapanya mengasihi dan menyanginya. Teguran dan nasihat ibu bapa selalu dianggap sebagai mengganggu kebebasannya. Kesalahan mereka yang cuba dibetulkan oleh ibu bapa sering di anggap sebagai segaja mencari kesalahan mereka. Padahal kalau semua itu tidak diingatkan akan menjadi satu kebiasaan yang merosakkan masa depannya.

Menyedari keadaan ini, mereka perlu terus disedarkan hakikat ini. Maka wajarlah anak berbuat baik terhadap ibu bapa. Di sini mungkin seorang anak akan bertanya, bagaimana mereka harus berbuat baik terhadap ibu bapanya.

Imam Ghazali telah menggariskan dua belas panduan, iaitu:

•Mendengar kata mereka.

•Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.

•Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

•Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.

•Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.

•Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.

•Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.

•Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.

•Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.

•Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.

•Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.

•Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.

Jika anak-anak dapat mengikut adab sopan ini, masa depan anak-anak akan terurus ke arah kejayaan. Ibu bapa tentu akan senang hati dengan kejayaan anak mereka itu.
dicatat oleh drs. khalil idham lim di 4:59 pm

Syaitan dalam kehidupan manusia

Syaitan dalam kehidupan manusia
18 JamadilAwal 1431 H
http://akhisalman.blogspot.com/

MUKADDIMAH

Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt:


إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً


Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), (6 : 35 al-Fatir)

Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.




SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG

إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه


“ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.”


Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:


ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه


“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP


إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل


“ Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.”


Hadis sahih Muslim.

SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP

Nabi saw bersabda:


ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه


“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”

Hadis riwayat Ahmad.


MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:


لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان


“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”

Hadis sahih Bukhari.

Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaa adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.

SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH

Nabi saw bersabda:


لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة


“ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.”


Hadis sahih Muslim

Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.

SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH


إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان : أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء

“ Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.”

Hadis sahih Muslim (2018).


MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN


إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعها للشيطان


“ Apabila jatuh sebahgian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan.”

Hadis sahih Muslim (2034)


SYAITAN PENGGANGGU SOLAT

Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:

“ Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”

Rasulullah saw pun menjawab:

ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفل على يسارك ثلاثا


“ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”


Amru berkata:


“Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.”

Hadis sahih Muslim.


MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN


Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:


“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”

Dia menjawab “Tidak”


Nabi saw bersabda:




قد شرب معك من هو شر منه الشيطان

“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.”

Hadis Ahmad –sahih.

SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI


Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:


لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب


“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”

Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih

PENUTUP

Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang Nabi saw masuk kepada manusia. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:

إن الشيطان قال : وعزتك يا رب لا أبرح أغوي عبادك ما دامت أرواحهم في أجسادهم. قال الرب : وعزتي وجلالي لا أزال أغفر لهم ما استغفروني


“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.”

Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan

Rujukan: Al-Idoh wat Tabyin oleh Muhammad Abdullah al-Imam.

Posted by akhisalman

Tuhan..Ringankanlah langkahku

Tuhan..Ringankanlah langkahku menuju arah yang Kau tunjuk..Tajamkanlah telinga hati, utk mendengar bisikan nurani..

Wednesday, April 21, 2010

Tua

Menjadi lebih tua..Adalah nikmat, ketika rambut berubah warna..ketika tubuh mudah letih..ketika yg sama, terasa semakin luas cakrawala..Semua itu penuh terisi,waktu,kenangan dan perjuangan....mensyukuri hari tua???.....itu adalah salah satu rahmat yg susah didapat

Wednesday, April 14, 2010

Ibu

ه

Allah mempunyai maksud tertentu ketika menciptakan manusia, dan maksud tersebut menjadi Tugas bagi setiap Manusia yang dilahirkan di muka bumi. Agar masing-masing manusia dapat menjalankan tugas yang diembannya. Allah tidak pernah lupa untuk memberikan "fasilitas" yang unik kepada masing-masing Orang yang kemudian dinamakan "Bakat". Kalau saja setiap manusia bisa menemukan "bakat"-nya masing-masing, berarti bahwa kita bisa menemukan "jalan" sukses masing-masing.
Dan untuk bisa mendapat tiket masuk ke jalan tersebut, dibutuhkan "Do'a Ibu", karena Ibu memiliki kedudukan yang sangat tinggi di mata Allah. Semoga tampilan video berikut dapat mengingatkan diri kita masing-masing bahwa untuk mendapatkan tiket masuk ke jalan sukses, kita harus bisa menjaga perilaku, dengan cara memelihara silaturrachmi dengan Orangtua kita. Amiin.

Kenanglah Ibu yang menyayangimu...

Untuk ibu yang selalu meneteskan air mata ketika kita pergi...

Ingatkah engkau, ketika ibumu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu, tidur nyenyak dengan dua selimut membalut tubuhmu...

Ingatkah engkau ketika jemari ibu mengusap lembut kepalamu..? Dan ingatkah engkau ketika air mata menetes dari mata ibumu ketika ia melihatmu terbaring sakit..?

Sesekali jenguklah ibumu yang selalu menantikan kepulanganmu di rumah tempat kau dilahirkan. Kembalilah memohon maaf pada ibumu yang selalu rindu akan senyumanmu.

Simpanlah sejenak kesibukan-kesibukan duniawi yang selalu membuatmu lupa untuk pulang.

Segeralah jenguk ibumu yang berdiri menantimu di depan pintu bahkan sampai malampun kian larut.

Jangan biarkan engkau kehilangan saat yang akan kau rindukan di masa datang ketika ibu telah tiada...
Tak ada lagi yang berdiri di depan pintu menyambut kita...
Tak ada lagi senyuman indah tanda bahagia...
Yang ada hanyalah kamar yang kosong tiada penghuninya.
Yang ada hanyalah baju yang digantung di lemari kamarnya.
Tak ada lagi yang menyiapkan sarapan pagi untukmu makan...
Tak ada lagi yang rela merawatmu sampai larut malam ketika engkau sakit...
Tak ada lagi dan tak ada lagi yang meneteskan air mata mendo'akanmu di setiap hembusan nafasnya...

Kembalilah segera...
Peluklah ibu yang selalu menyayangimu...

Ciumlah kaki ibu yang selalu merindukanmu dan berikanlah yang terbaik di akhir hayatnya.

Sahabat... berdo'alah untuk kesehatannya dan rasakanlah pelukan cinta dan kasih sayangnya.
Jangan biarkan engkau menyesal di masa datang, kembalilah pada ibu yang selalu menyayangimu...
Kenanglah semua cinta dan kasih sayangnya...
Ibu... maafkan aku...
Sampai kapanpun jasamu tak akan terbalas.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, March 3, 2010

Jadilah pemaaf yang mulia.

Biarlah kita terus menjalankan kehidupan masing-masing dengan aman dan tenteram, tanpa diganggu perkara-perkara yang tak perlu, tanpa disakiti dan menyakiti lagi, Yang telah berlaku tetap telah berlalu. Itulah qadha dan qadar... ketentuan Allah.. Yang disakiti ampun dan maaf ku pohon... agar dia menjadi seorang pemaaf yang mulia dan sentiasa dimuliakan.. maaf darinya akan memadamkan api neraka bagi ku.. dan agar dia tidak menjadi seorang pendendam kerana itu lah sifat yang sangat mulia. Kepada yang menyakiti ...moga dia sentiasa bertaubat dan dimaafkan dan menjadi pemaaf yng mulia dan menghilangkan rasa dendam dihati... Alangkah bahagianya kehidupan ini jika semua manusia adalah pemaaf dan bukan pendendam.

Mohon ampun dan maaf..

Thursday, January 21, 2010

PUTERI-PUTERI KU SAYANG

PUTERIKU SAYANG...

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada ayah dan umi

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Wednesday, January 20, 2010

MUNGKINKAH REMANG SENJA AKAN LEBIH MERAH?

Semalam, betapa sukarnya hari yang dilalui. Awan tiba-tiba berarak menyebabkan hari itu terasa samar untuk mencari jalan pulang. Ribut dan guruh silih berganti. Petir sabung menyabung. Seolah berakhirnya hari. Seolah-olah esok dah tiada lagi. Ku tunggu hingga tengahari. hujan lebat tadi menyebabkan takungan air disana sini. Alham dulillah bila petang menjelang ada cahaya di celah awan. Memberi semangat untuk ku harungi kehidupan hari ini. Menjelang senja.. tak disangka remangnya merah menyala. seolah-olah alam marah akan kehidupan ini. Hai malam lekas lah datang agar sejuk mu menyegarkan alam dan kehidupan. Malam pun tiba membawa kegelapan yang tak disangka. walaupun remang senja tadi telah pergi. rasanya kedinginan malam menusuk-nusuk kedalam sum-sum tulang. Malam jangan lah kau siksa jiwa. Beri kan sedikit cahaya agar menjadi penawar untuk menghadapi kedinginan yang terlampau. Dinihari ku dongak kelangit. rupanya ada bintang bergemerlapan memberi sinar . seolah ada harapan untuk esok yang baru. Esok, masihkah ribut datang ? atau mungkin gerimis? petang, akankah merah lagi kah remang senja? esok masih lagi tandatanya. tiada yang dapat memberi jawapannya. ini lah kehidupan...moga esok adalah siang yang nyaman dengan angin sepoi diringi malam yang tenang dengan kerdipan bintang menghiasi angkasa...

Tuesday, January 19, 2010

Moga anakku gembira

Sudah seminggu anak ku atiqah ku bawa ke pejabat. Niat ku untuk didedahkan ke alam pekerjaan di pejabatku. Nampaknya dia seronok dengan suasana pejabat ini. aku suruh su tengok-tengok kan dan berikan kerja yang sesuai. Su berikan kerja akaun. dah dua akaun diselesaikannya. alhamdulillah anakku dapat menerima alam baru baginya. Nanti ayah bagi upah ye...

Friday, January 15, 2010

Nostalgia 2

Masih terbayang ketika zaman kanak-kanak ku. Rumahku rumah kayu yang kukuh. Hasil kreativiti ayahku. Ayahku, diceritakan bahawa ayah ketika muda tinggal di Pulau Pinang dengan abang dan saudaranya. Abang dan saudaranya berniaga emas dan tukang pembuat songkok. Oleh kerana ayah pernah tinggal di rumah yang selesa ketika itu, ayah telah menyimpan impian untuk menyediakan rumah yang selesa untuk keluarga.

Ayah telah melengkapkan rumah kami dengan bilik air yang serba lengkap. Walaupun tiada bekalan air paip ketika itu, ayah menggunakan pam air supaya bekalan air diperolehi. Terima kasih ayah kerana memberikan keselesaan kepada kami walaupun hidup dalam suasana yang kekurangan. Jasa ayah tidak pernah luput dari ingatan kami. Semoga Allah menempatkan ayah bersama-sama orang yang beriman.

Rumah ku hanya 100 meter saja jaraknya daripada sekolah. dan sekolah adalah laluan untuk keluar dari rumahku. Kemana-mana pun akan melalui sekolah. Betapa meriahnya pada hari pesekolahan. Ibuku seorang yang baik hati. Di bucu rumahku iaitu di pancuran atap, disediakan tempayan besar bagu menakung air tadahan hujan untuk dibuat air minuman dan kegunaan memasak. Ketika masa rehat sekolah, menderu kanak-kanak sekolah meminta sedikit air untuk menghilangkan dahaga kerana tiada bekalan air paip di sekolah ketika itu. Ibu menyediakan cawan dan gayung unkuk kanak-kanak sekolah. Sekali sekala terdengar juga ibu memarahi mereka kerana berebut-rebut dan tidak menjaga kebersihan air berkenaan. Ibu jasamu dan budi baik mu tentu dikenang oleh mereka. Semoga Allah merahmati ibu dan dipanjangkan umur. Aku merinduimu ibu..

Thursday, January 14, 2010

Untuk isteri ...kau ku hargai

Mulianya kau disisi Allah...
Dan betapa berharganya kau yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi lah aku kiranya tidak menghargai isteri
kerana kau isteriku lah yang akan membantu ku di akhirat kelak.
Kau isteriku yang cantik rupawan,
kau kan sentiasa ku sayang,
kau tetap kusayang......

Beruntungnya kau seorang wanita yg ada rahim ,kau bekerja
dengan izin Allah... jadi rumah pertama anak-anakku.
Tiap-tiap bulan kau diberi pelepasan ...
atas sifat kau sebagai seorang perempuan...

7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu juga waktu terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
kaulah yang melahirkan zuriat kita, kau menyusukan anak kita ....
Memberikan kasih sayang mu yang tiada sempadannya
membesar dan memdidik agar anak kita memiliki akhlak mulia


Isteriku sayang
Betapa Allah memeliharamu
$Sepanjang kau mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosamu
Lahir saja bayi seluruh dosamu dihapuskan..
Begitu besar perjuanganmu sayang
Inilah nikmat Tuhan beri kepada mu,
Betapa aku aku iri hati melihat kasihnya Allah pada mu

Isteri ku
aku tak akan menyakiti hati mu
kan ku kasihi mu sepenuh ragaku
kau lah jiwa dan bidadariku
Tak kan ku kecewakan hatimu
dengan kesilapan ku

Akan ku bimbing diriku kearah kebaikan
kerana seluruh kebaikan ku, semuanya kau perolehi pahalanya
tetapi dosa-dosa suami mu tidak sedikit pun kau tanggung.
Itulah kelebihan mu sebagai isteri

Agar diakhirat nanti wahai isteriku,
kau akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak kau terima
diatas segala kebaikan suamimu yang tak kau sedari.

Isteriku yang ku sayang
Diceriakan padaku oleh ustaz dan buku-buku
Di akhirat kelak kau kan bukti kan kasih sayangmu
Bila kau melihat suamimu sukar diatas titian Sirat
kau enggan memasuki sendirian tanpa ku,
ketika utu lah kau memberi pahala mu kepada suamimu
untuk lepas ku menyertaimu memasuki syurga.

Isteriku
Kau sentiasa disisiku ketika ku dalam kesusahan
Betapa tulus kasihmu
membina impian masa depan bersama
Menghiasi indah mahligai dengan kasih sayangmu
kau rancang kehidupan dengan kasih dan cinta
tanpa sedikitpun ragu dan curiga


Isteriku sayang
Ses ungguhnya kau adalah isteri yang sangat baik
Tanpa merintih menunaikan tanggungjawab
Aku kan sentiasa berusaha membalas kebaikan mu.
Dengan sentiasa mempertahan maruah mu dan keluarga kita
Mendapingi mu pada setiap masa
Sentiasa mendoakan mu agar sentiasa sejahtera, dirahmati dan dipermudahkan segala urusan dunia

"Wahai Tuhan...
ku pohonkan kepadamu
Ampun kan segala dosa ku, dosa ibu bapaku , isteriku dan anak-anakku
Hiasi rumahtangga mahligai cintaku dengan nur kasihmu
Kekalkan nya hingga ke akhir hayatku
Tetapkan hatiku, cintaku, kasih dan sayangku untuk isteriku

"Ya Tuhanku
Kerana Engkau maha memberi rahmat
Rahmati isteriku
Kurniakan segala kebaikan didunia ini,ketenangan, kedamaian, kasih sayang, keamanan dan kesabaran yang tinggi untuk isteriku

Perkenankan lah doaku Wahai Tuhan ku"

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......



Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Wednesday, January 13, 2010

Selamat Belajar Permata Hatiku

Semalam 12hb Jan. Hari pendaftaran tigkatan satu SMKRPBainun. Dari mulut Aina tiada terkeluar kata-kata sedih mau pun gembira tentang hari pendaftaran itu. Mungkin dalam hatinya ada gembira untuk melangkah ke sekolah menengah. tiada nampak rasa ragu dimukanya untuk berpisah jauh dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan emaknya. Anakku baru ku sedari kau telah besar. Melangkah untuk hidup berdikari. Jauh dari ibu ayah. Belajar hidup sendiri tanpa mengharap sokongan ibu dalam urusan harianmu nanti. Ayah tahu sebelum kau pergi ke sekolah baru, ibumu telah mengajarmu membasuh dan menggosok pakaian mu. Ayah sentiasa mendoakan anakku sentiasa tabah mengharungi har-harimu.

Anakku, malam tadi ibu kata sunyi nya tanpa suaramu.. nampak ada air bergenang dikelopak mata ibu. Agaknya ibu rindu akan anakku. Apa pun ayah berdoa anakku sentiasa ceria disekolah baru. Ayah dan ibu tak rasa ragu meningalkan mu kerana kak ngah ada disitu. kak Ngah kata dia akan bantu jika kau memerlukannya.

Semoga anak-anakku sentiasa dirahmati Allah sentiasa.

Monday, January 11, 2010

Nostalgia 1

Zaman kanak-kanak ku masih ku kenang. Hingga kini banyak kenangan yang masih berlegar-legar dalam kotak kenangan. Kehidupan kanak-kanak ku suggguh.. penuh dengan suasana girang dan riang. Sebab ketika itu aku tak pernah memikirkan kesusahan dan masalah. Walau pada ingatanku kehidupan ayah dan ibu sentiasa bergelut dengan kesusahan dan kepayahan. Ibu dan ayah hanya lah petani kecil disamping menjalankan kerja-kerja sebagai tukang rumah kayu. Aku ingat lagi sebahagian besar rumah di kampungku merupakan hasil kerja tangan ayah. Memerah keringat dan mengunakan tulang empat kerat membina rumah samada kecil mau pun rumah besar. hingga kini masih tegak kukuh rumah-rumah yang telah ayahku bina.

Sungguh seronok bila ada rumah baru yang ingin dibena. Bermula dari membersih tapak, upacara menegak rumah, proses pembuatan dan hinggalah rumah itu siap menjadi kenangan indah bagi ku. Aku selalu mengikut ayah pergi bertukang rumah. Dari sekecil-kecil kerja hingalah kerja-kerja besar pernah ku bantu.

Pada hari menegak tiang rumah ada majlis gotong royong dijalankan bersama-bersama orang-orang kampung. Sungguh sepakat orang-orang kampung ketika itu. Mereka turun beramai-ramai untuk majlis menegak rumah dengan di iringi doa selamat dan jamuan. Keluarga tuan rumah tentu sibuk memasak makanan bagi habuan orang-orang kampung. Ayahku sangat tekun dan cermat menjalankan kerjanya sebelum itu ..menyediakan tiang-tiang rumah, gelegar dan rasuk kayu bagi majlis menegak tiang berjalan lancar. Setelah doa selamat dibaca oleh pak imam, dengan diringi selawat tiang rumah pun ditegakkan. Maka terbentuklah asas sebuah rumah dan kemudian nya menjadi tugas ayah untuk menyempurnakan menjadi sebuah rumah.


Kenangan ini masih jelas terbayang dikotak fikiranku. Menjadi sebahagian daripada nostalgia yang akan ku tuliskan.

Kita Lupa Menilai Diri kerana keinginan nafsu yang terlalu besar

"Sesungguhnya pada cerita-cerita mereka terdapat ibarat (pengajaran) bagi orang-orang yang mempunyai akal" (Surah Yusuf:111).

Semalam Itu Sejarah, Kita Pasti Silap, kerana sifat maknusia yang alpa....kekadang tidak berupaya mengukur keupayaan sebenar diri sendiri......begitu juga kisah yang ingin di ceritakan berikut ini

Kublai Khan merupakan cucu kepada Genghis Khan, yang aku rasa semua orang kenal; pembina empayar yang berjaya selepas Alexander The Great. Genghis Khan berjaya menawan keseluruhan kawasan tengah Asia, dan cucunya Kublai Khan pula berjaya menguasai wilayah Selatan China.

Kublai Khan juga mencipta mata wang kertas untuk China dan dengan beraninya cuba mengenepikan gaya hidup nomad kaum Monggolia untuk menubuhkan sebuah bandar pentadbiran yang kekal di Xanadu, supaya empayar lebih stabil dan kerajaan dapat ditadbir dengan lebih efisien.


Tapi sebenarnya bukan itu yang aku nak ceritakan, tapi aku nak ceritakan salah satu keputusan Kublai Khan yang merupakan satu kesilapan maha besar dan sekaligus mengakibatkan ketidakstabilan di dalam empayarnya; menakluk Jepun dengan tergesa-gesa!

Ketika zaman kemuncaknya, Kublai Khan mahu membuktikan bahawa kaum Mongol adalah yang tidak terkalah dan pada masa yang sama juga beliau mahu mengaut emas di Jepun. Askar Mongol adalah askar berkuda yang cekap di mana mereka boleh memanah sambil berkuda, satu kebolehan yang tidak ada pada mana-mana askar berkuda di dunia pada masa itu. Tapi askar Mongol bukanlah askar marin yang cekap. Dan usaha terburu-buru ini juga menjadi salah satu punca kebencian kaum Han yang ditakluk, kerana mereka dipaksa untuk menyediakan lebih 1000 buah kapal (jong) dalam masa setahun untuk menakluki Jepun.

Askar berkuda Mongol yang sangat mahir memanah

Cubaan pertama pada 1274 dengan 900 buah kapal digagalkan oleh Samurai Jepun dan angin suci atau kamikaze yang dikatakan diturunkan oleh Tuhan Guruh, Raiden. Walaupun gagal, tetapi serangan itu telah memberikan impak yang buruk kepada Jepun.

Kublai Khan tidak putus asa, tapi malangnya dia tidak belajar daripada kesilapan! Tahun 1281, Mongol menyerang Jepun sekali lagi dengan cuba mendarat di Perairan Takashima, bersama 1170 buah jong tapi sekali lagi digagalkan oleh cuaca buruk atau kamikaze. Tapi bukan itu yang menjadi punca sebenarnya, kegopohan Kublai Khan membina jong telah memaksa kaum yang ditawannya membina, mengguna apa saja kapal yang ada termasuklah kapal yang dibina untuk laluan sungai.

Kapal yang dibina untuk sungai lebih lebar dan tidak runcing ke dalam air kerana sungai tidak begitu bergolak dan begitu dalam berbanding laut. Tapi laut itu berombak dan lebih dalam. Diburukkan lagi dengan hujan, angin kencang dan ribut, maka kapal sungai itu pasti sangat mudah diterbalikkan oleh ombak.

Akibatnya, cubaan kedua juga gagal, dan Kublai Khan terpaksa menanggung akibatnya. Ramai tentera yang mati, empayarnya mengalami masalah inflasi yang teruk akibat matawangnya jatuh harga, peningkatan cukai dan menjurus kepada rasa tidak puas hati orang Monggol dan keengkaran pembayaran cukai.

Tak perlulah aku ceritakan apa yang terjadi kepada Kublai Khan dan Empayar Yuan, sebab tujuan utama aku memerah sereberum dan serebelum aku ini kerana aku ingin menyatakan rasa hati aku. Bahawa jika kita ingin melakukan sesuatu; terutama perkara yang besar dan penting serta memberikan impak yang mendalam dalam kehidupan kita, maka rancanglah dengan teliti, nilai lah keupayaan diri

Aku bersetuju kalau kalian menafikan bahawa tidak semua perancangan menjadi seperti yang dirancang, tapi aku sangat yakin walaupun apa yang kita rancang tidak menjadi, setidak-tidaknya sebahagian pasti mengikut corak perancangan kita, dan berusahalah untuk bersyukur dengan kejayaan itu.

Dan ada pula yang akan berkata bahawa kadang kala sesetengah perkara yang tidak dirancang akan memberikan hasil yang lebih baik daripada apa yang dirancang. Pun aku setuju, tapi adakah kita akan bernasib baik seperti itu sepanjang hidup kita, dan benarkah hasilnya lebih baik atau kita menerima dan bersyukur dengan hasil itu sebab perancangannya cuma sekelip mata sepantas kilat?

Satu lagi, kita haruslah belajar dari kesilapan. Kegagalan beerti kita ada melakukan kesilapan. Aku tidak percaya jika ada orang kata kita gagal kerana ada makhluk lain buat sesuatu yang lebih baik dari kita. Memang makhluk itu buat lebih baik dari kita, tapi kita masih silap kerana tidak mengenal pasti kelemahan dan kepentingan yang membolehkan kita menang. Tapi masih ada orang yang tidak mahu belajar langsung dari kesilapan.

Sejarah banyak mengajar kita, memberi iktibar dan tauladan. Tapi berapa ramai yang memandang berat sejarah? Tak perlu tunggu 100 tahun, 10 tahun, atau 1 tahun, semalam adalah sejarah dan kita patut melihat, menilai kembali kesilapan kita agar kita boleh membuat yang terbaik dan menang hari ini.

Peringatan ini juga untuk diri aku yang kerap alpa........

Kejutkan aku kawan jika aku lena, kerana aku pasti akan mencurahkan segayung air jika kalian terlena (cuma cara aku mencurah air mungkin berbeza).

Wednesday, January 6, 2010

Exam UUUK6043

Esok ...
ke bangi untuk mentelaah buku-buku yang belum habis diulangkaji. terpaksa la bercuti untuk dua hari. menghadapi exam akhir pada 9-1-2010 (2.00pm).

Untuk seorang Isteri

bagaikan angin lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan.
Adakalanya seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita ku sangat berkait dengan mu

Psst....
Tiba-tiba dia merajuk.....pandai-pandailah memujuk buka
telinga, tajamkan pendengaran,amati suarannya
teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
kau tetap melulu?.. kerana fikiran sudah berjerebu?
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
tunggu saja rajuknya reda emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
sudah takdir... permata yang dipilih perlu digilap semula.
Namun putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
uruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.
lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku... marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.
Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.


Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "


Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.
Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

Tuesday, January 5, 2010

INTERNET DAN ISU BERKAITAN DENGAN SYARIKAT

Tarikan internet ialah internet merupakan satu rangkaian yang terbuka dan ia tidak memerlukan syarat kepada setiap individu untuk mengakses internet. Apa yang diperlukan adalah satu sistem browser yang mudah dan peralatan yang dipanggil modem yang merupakan satu ciri standard computer masa kini. Hubungan internet boleh diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah dan di university dengan mudah, oleh pekerja di pejabat atau di tempat kerja dan juga oleh setiap individu sama ada melalui computer peribadi mereka atau pun melalui kafe siber yang telah wujud di serata tempat akhir-akhir ini. Internet dikatakan sangat terbuka dimana ia tidak mempunyai limit terhadap perdagangan dan pembekal perkhidmatan untuk membekal pwrkhidmatannya. Pelbagai bentuk dan jenis produk dan perkhidmatan ada ditawarkan melalui internet.
Oleh sebab internet ialah sistem yang amat terbuka dan merupakan satu cara yang murah bagi menghebahkan maklumat kepada masyarakat. Penggunaannya didalam perdagangan semakin meningkat. Proses mengkomersialkan internet telah menjadi topic yang selalu dibincangkan dan dibahaskan bagaimana perdagangan melalui internet sepatutnya dijalankan.
Keterbukaan yang menjadi asset yang sangat penting kepada internet juga menjadi ancaman yang serius kepada risiko perdagangan sekuriti. Seseorang yang berhubung kepada yang lain melalui internet tidak mengenali antara satu sama lain. Pengguna internet juga tidak dapat mengenali keaslian maklumat yang diperolehi melalui internet . Maklumat yang diperolehi melalui internet berkemungkinan dipalsukan dan sistem komputer boleh diceroboh.[1]
Penggunaan Internet Oleh Syarikat
Syarikat –syarikat diseluruh dunia sekarang telah mula menggunakan teknologi internet dan mendapatkan faedah-faedah yang disediakan oleh teknologi ini terutama didalam perhubungan dengan kerajaan dan badan perundangan , pemegang-pemegang saham dan pelabor-pelabor secara elektronik. [2] Dari sudut perspektif syarikat, perhubungan elektronik ini boleh menjimatkan kos. Syarikat mungkin boleh secara elektronik menyampaikan notis kepada pemegang saham, mengemaskini maklumat korporat, mengeluarkan prospektus, dan membuat tawaran terhadap pembelian dan langganan sekuriti mereka. Manakala pelabor-pelabor mendapat faedah daripada teknologi internet ini apabila mereka boleh diyakinkan dengan maklumat yang terkini. Pemegang-pemegang saham boleh menerima berita dari lembaga pengarah syarikat dan maklumat lain boleh diperolehi dalam masa yang pendek. Mereka juga boleh menggunakan teknologi bagi membolehkan mereka hadir secara elektronik kepada mesyuarat agung dan menjalankan hak-hak mengundi secara atas talian . Syarikat juga boleh memfailkan dokumen statutory kepada kerajaan dan badan perundangan yang lain dengan segera dengan lebih cekap.
Notis kepada ahli dan mesyuarat syarikat.
Akta Syarikat 1967 mengandungi peruntukan-peruntukan yang menyatakan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal dokumen,[3] rekod [4]dan daftar[5]. Dokumen-dokumen berkenaan diperlukan dalam bentuk bertulis. Terdapat juga banyak contoh di dalam Akta Syarikat dimana tandatangan diperlukan pada setiap dokumen. Dokumen statutori yang dinyatakan didalam Jadual Kedua menekankan perlunya tandatangan pegawai-pegawai syarikat tertentu seperti pengarah, setiausaha, auditor, liquidator, pemegang saham substantial dan sebagainya. Akta Syarikat 1965 tidak menjelaskan secara terperinci maksud tandatangan berkenaan. Walau bagaimanapun Akta Tandatangan Digital memperakukan bahawa dokumen yang ditandatangani oleh tandatangan digital yang berdasarkan kepada akta berkenaan adalah mempunyai kesan yang sama dengan tandatangan sebenar. Ia adalah terikat mengikut undang-undang dan dianggap sebagai dokumen bertulis[6] dan dianggap tidak perlu diulangnyata ditalam Akta Syarikat 1965.
Dalam kes yang lain, Akta Syarikat 1965 mempunyai peruntukan khusus untuk pemfailan dokumen secara elektronik dan ianya adalah sah.. Seksyen 11A Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bahawa pendaftar akan menyediakan kemudahan untuk memfailkan dokumen secara elektronik seperti yang diperlukan oleh Akta Syarikat. Oleh kerana secara elektronik, dokumen yang difailkan tidak perlu di cop tandatangan atau di materi. Sek 11A(6) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bagi pengesahan dokumen yang difailkan secara elektronik, ia perlu mengikut syarat dan kaedah yang ditentukan oleh peraturan dan dibenarkan oleh pihak pendaftar. Juga Seksyen 358A Akta Syarikat 1965 menyatakan tentang penggunaan komputer dan sepertinya bagi penyimpanan rekod syarikat.
Daripada tinjauan , Akta Tandatangan Digital 1997 dan peruntukan yang sedia ada didalam Akta Syarikat belum mencukupi untuk memberi kemudahan kepada penggunaan transaksi elektronik oleh syarikat dan ada banyak peruntukan didalam Akta Syarikat perlu diteliti . Diantaranya adalah:
a. Mesyuarat
i. Seksyen 144(1) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bahawa ahli syarikat yang memegang tidak kurang dari 10% daripada modal berbayar syarikat boleh memanggil mesyuarat agung luarbiasa dengan menandatangani requisitation dan disserahkan ke pejabat berdaftar syarikat. Walaupun tangatangan boleh dibuat secara digital, ia masih tidak jelas sama ada ia terpakai kepada requisition dan dalam hal menyerahkannya. Peruntukan ini memerlukan penjelasan sama ada notis boleh dibenarkan dalam bentuk elektronik.
ii. Seksyen 145 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bahawa ahli yang memegang tidak kurang dari 10% daripada modal yang keluarkan boleh memanggil mesyuarat syarikat dengan notis bertulis tidak kurang dari 14 hari. Peruntukan ini memerlukan penjelasan dan adakah ia membenarkan secara khusus notis ini diberi secara elektronik.
iii. Semasa penyampaian notis mesyuarat kepada ahli , adakah syarikat boleh menganggap bahawa setiap ahli benar-benar menerimanya? Adakah keperluan terhadap satu peruntukan menganggap penerimaan dokumen elektronik yang dihantar?
iv. Notis merujuk kepada Seksyen 143 Akta Syarikat 1965, untuk Mesyuarat Agung Tahunan , notis mesti dihantar kepada semua ahli yang berhak untuk menerima notis, memperuntukkan notis mesti disampaikan secara individu. Adakah mencukupi jika akta membenarkan notis dihantar kepada lamanweb atau hompage syarikat?
v. Penyampaian notis secara individu menerusi cara elektronik hanya boleh dibuat jika ahli-ahli telah menyatakan alamat mail elektronik mereka untuk penyampaian itu. Ahli-ahli mungkin tidak mahu untuk memberi alamat e-mail mereka kerana tiada peruntukan dalam Akta Syarikat 1965 yang memerlukan syarikat merahsiakan alamat e-mail yang diberi. Ini mungkin akan menjadi isu penting. Peruntukan yang khusus tentang perkara ini perlu di wujudkan supaya syarikat diperlukan untuk merahsiakan maklumat alamat elektronik ahli-ahli.
vi. Bolehkah mesyuarat syarikat diadakan lebih dari satu tempat? Jika boleh adakah Akta Syarikat 1965 memerlukan ahli-ahli diberi peluang untuk menyertai mesyuarat tanpa memberitahu tempat mesyuarat dijalankan?
vii. Di dalam notis mesyuarat yang diberikan kepada ahli-ahli, bolehkah syarikat dikehendaki menyatakan secara khusus alamat elektronik bagi tujuan menerima perlantikan proksi semasa memberi notis mesyuarat? Penghebahan bahan-bahan yang berkaitan dengan proksi bagi mesyuarat tahunan dan undi proksi telah dinyatakan oleh International Security Commission Organisation (IOSCo) sebagai dua area yang mana internet mampunyai potensi untuk memperbaiki komunikasi diantara syarikat dan ahli-ahlinya .IOSCO mencadangkan pengurus mesyuarat untuk menyemak undang-undang bagi pengesahan proksi dengan berpandangan kepada penyingkiran jika terdapat halangan menggunakan internet bagi undian oleh proksi.[7]
viii. Seksyen 154 Akta Syarikat 1965 memerlukan salinan bercetak bagi setiap resolusi untuk difailkan oleh syarikat kepada pendaftar. Patutkah peruntukan ini dipinda bagi membenarkan pemfailan dokumen-dokumen secara elektronik? Seksyen 11A akta yang sama telah membenarkan pemfailan dokumen secara elektronik. Manakala Akta Suruhanjaya Sekuriti telah tidak membenarkan pemfailan secara elektronik atau transaksi elektronik secara amnya.[8]
MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH
Akta Syarikat 1965 tidak menetapkan peraturan terhadap mesyuarat lembaga pengarah ssesebuah syarikat. Mesyuarat lembaga pengarah biasanya ditentukan oleh artikel penubuhan syarikat. Artikel79, Jadual A, Akta Syarikat 1965 memperuntukkan mesyuarat lembaga pengarah diadakan di tempat yang dirasakan perlu oleh pengarah-pengarah. Tiada definasi yang khusus bagi menerangkan perkara ini. Dalam kebanyakan kes , artikel 1 Jadual A menerangkan maksud bertulis itu adalah merujuk kepada cetakan, lithography photografi, dan lain-lain bentuk persembahan atau pengeluaran semula perkataan dalam bentuk yang boleh dilihat.Tanpa mengambil kira Jadual A, adalah menjadi amalan biasa kepada syarikat untuk memperuntukkan didalam artikelnya bahawa notis untuk mesyuarat lembaga pengarah mesti didalam bentuk bertulis dan diserahkan secara individu kepada pengarah-pengarahnya. Perkara ini patut difikirkan kerana sama ada terdapat keperluan oleh penggubal undang-undang untuk memasukkan didalam Akta Syarikat bahawa notis kepada pengarah-pengarah dibuat dalam sebarang bentuk termasuk kiriman elektronik yang ditentukan oleh pengarah. Ia juga dirasakan perlu untuk memasukkan kaedah mesyuarat itu dikendalikan dan pengarah-pengarah sepatutnya dibenarkan untuk menggunakan kemudahan teknologi bagi mengendalikan mesyuarat mereka
[1] Jane Winn,(1998) Open System, Free Markets, and Regulation of Internet Commerce,72 L. Rev 1177
[2]
[3] Sek.42 Akta Syarikat 1965
[4] Sek. 358 Akta Syarikat 1965
[5] Sek.134 Akta Syarikat 1965
[6] Sek.62(2)(a), Sek 64, Sek 65 Akta Tandatangan Digital

[7] The Technical Comitee, International Organisation of Security Comission (IOSCO), Secyrity Activity on the Internet, (1998) (http://www.iosco.org)
[8] SC’s Consultation paper, Framework for the implementation of Electronic Commerce in Capital Market, (http://www.sc.com.my

Bismillahirrohmaanirrohiim…………

Bismillahirrohmaanirrohiim…………

Subhanallah……
Wal Hamdulillah……
Wa Laa Ilaaha Illallah……
Wallahu Akbar.
Wa Laa Hawla Wa Laa Quwwata Illaa Billaahil ‘Aliyyil Adziim.

Bergetar seluruh diri ini melantunkan lagu cinta untukMU ya ROBB
Seakan seluruh isi tubuh ini merinding tak tertahankan
Hanyut dalam alunan desah nafas Sang Maha Pengasih dan Penyayang
ooooo Serasa dunia ini semakin indah dan berarti…..
Hidup dalam pelukan Cinta dari sang Maha Pecinta

Ketak berdayaan melandaku
Kelemahan dan kebodohan membuatku semakin rendah
Apalah artinya aku jika tanpaMU… Ya ROBB
pelukan hangat dan desah nafasmu itu
Sungguh membuatku selalu baru setiap hari… hidup bersamaMU sampai akhir nanti itulah doa dan permohonanku…….

Kasih MU………….
Sayang MU…………..
Anugerah MU………….
Kehadiran MU………….
itulah arti hidupku…….

Engkau Baik………….
Sungguh Baik……….
Sangat Baik………
Teramat Baik……
Yaaa Roooobb….

Surat

Surat cinta
ternyata bisa menggugah hati,
membangkitkan kerinduan,
mendorong semangat,
menumbuhkan kepercayaan diri,
merubah suasana
dan membuat terlena.
Surat cinta seperi air laut
yang semakin diminum
tidak bisa menghilangkan rasa haus.
Surat cinta
bagaikan lecutan halus bagi jiwa yang sedang lemah…
Bagai bahan bakar api cinta yang mulai meredup.
Bagaikan pelita
ketika sang kekasih masih samar-samar
meniti jembatan cinta menuju ke seberang jalan.
Surat cinta
adalah nyanyian jiwa,
suara hati,
ungkapan kerinduan
dan hembusan angin syurga.
Surat cinta
adalah gambaran kanvas hati sang kekasih,
lukisan jiwa dan bingkasan rindu…
Dari pecinta sejati
tak akan pernah bisa bertahan
untuk berjauhan dengan sang kekasih bukan?
Sesungguhnya keinginan yang sukar untuk dibendung
adalah ingin selalu berdekatan
dan berada dalam dekapan sang kekasih,
dekapan penuh kedamaian dan ketenteraman
Ambil kan surat cinta
Begitulah semestinya hati orang-orang beriman,
orang yang mengaku mencintai Penguasa jiwanya,
Pencipta dirinya
dan yang selalu tanpa pernah henti melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya.
Mengapa BELUM karena aku belum menempatkan ALLAH sebagai kekasih ku,
karena aku belum menjadikan Al Quran
sebagai surat cinta dari ALLAH yang seharusnya
ketika membaca surat cinta
merupakan hobi seperti layaknya orang yang sedang sedang jatuh cinta,
jadikan membaca Al Quran
sebagai petualangan menuju ke alam penuh kasih dan kerinduan…
baca surat cinta dengan penuh rasa haru, rindu dan khusyuk.
Bahkan karena derasnya aliran sungai kerinduan dalam hati
belum mampu membuat aku menangis,
air mata belum lagi tumpah….
berusaha untuk membaca surat cinta ALLAH [Al-Quran]
paling sedikit satu “Ain” setiap hari,
karena aku ingin merasakan getaran dahsyat
ketika rasa rindu itu hadir untuk membaca dan membaca lagi..
semoga kita mampu ..

Ujian Itu Nikmat Allah


Wajah Ceria Si Permata Hati




Syurgaku