Wednesday, December 28, 2011

Ada apa pada dhuha?

Madah CINTA dari YB husnataqwa
Share

Saya cukup yakin, memang kita semua familiar dengan solat dhuha. Kalau tak pernah buat pun, tentu pernah dengar kan? Kalau

Rindu waktu dhuha di bumi Darul Quran.
tak pernah dengar, erk, takpe, boleh dengar dan try buat mulai dari sekarang.

Kenapa dengan dhuha?
Ada apa padanya?
^_^



Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Seronok tak setiap kali kita buat keluarga kita happy atau sahabat kita happy? Tentu seronok kan? Dan tentu lebih seronok kalau kita boleh buat apa yang Rasulullah suka. ^_^



Riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kalau kita nak sangat bersedeqah, tapi duit tak banyak. Tak kaya raya macam Siti Nur Haliza. Takpe. Ni ada cara bersedeqah lagi senang. Tak perlu keluar duit. Just kena ikhlas dan istiqamah je. ^_^



Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Kita selaluuu dengar orang kata, "nak murah rezeki, solatlah dhuha." Tapi kita solat sokmo dhuha, tak kaya-kaya pun.
Ingatlah rezeki itu bukan pada duit, bukan pada harta. Tertolak bala itu rezeki, hidayah Allah itu jua rezeki, tidur itu juga rezeki (ada orang insomnia tak dapat tidur pun tau), semuanya rezeki. Solat dhuha bukan nak buka pintu rezeki je, malah nak tolak bala jauh-jauh.



Kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”




Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Bila waktu solat dhuha?
Yang penting, jangan tidur sampai zohor, mesti sempat solat dhuha.

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Macamana nak solat dhuha? Senang jah. Lagi senang dari solat Subuh. ^_^

SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
p/s: doa ni kalau malas nak hafal, tampal kat dinding. Bagus, setiap kali tengok doa ni rasa bersalah je kalau liat nak solat dhuha. Lama-lama baca nanti automatik kita ingat. Sama jugak waktu kecil, kita tak hafal pun surah Al-Fatihah. Kita ingat dengan sendiri kan? Kenapa eh? Sebab kita selalu baca. Jom baca sokmo!



Jangan rasa amalan sunnat ni dilakukan oleh orang-orang alim saja. Amalan-amalan sunnat ini untuk kita, orang yang biasa-biasa ni, insya Allah boleh menampung kekurangan kita dalam amalan-amalan wajib. Insya Allah amalan sunnat yang kita lakukan ikhlas akan dihitung oleh Allah, besar atau kecil natijahnya usah kita bimbang. Biar itu jadi rahsia Allah. Yang penting kita berusaha sebaik mungkin menyediakan diri dengan amal amal soleh untuk bertemuNYA. ^_^

Time exam period ni memang tak de halangan untuk solat dhuha. Memang kena solatlah. Sebelum start baca buku tu, solat dulu. Baca Al-Waqiah dulu. Insya Allah murah rezeki. Baca apa yang masuk exam pun kira rezeki juga kan? ^_^

Seronok sangat kalau boleh solat dhuha. Insya Allah, rasa pelik kalau tak solat dhuha bila dah selalu lakukannya. Dah jadi kebiasaan nanti insya ALLAH kita dapat rasa, besarnya hikmah dhuha ni. ^_^

Kalau tahajud liat nak buat, takkan dhuha pun liat juga?
Jangan besarkan sangat TIDUR tu.
Tak baik untuk kesihatan. ^_^
Aku menulis kerana CINTA. Cinta pada ALKHALIQ dan MAKHLUK. Segala yang baek itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu kelemahan diri sendiri. Fii Amaanillah...♥♥♥

Sunday, December 4, 2011

Perlembagaan Persekutuan Malaysia : Jadual Kedua Bahagian III.

Ahad, 4 Disember 2011

BAHAGIAN III
[Perkara 31]
PERUNTUKAN TAMBAHAN BERHUBUNG DENGAN KEWARGANEGARAAN
Menteri
1. Fungsi Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini hendaklah dijalankan oleh mana-mana Menteri Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong, dan sebutan dalam Jadual ini mengenai Menteri hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
2. Sesuatu keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini tidaklah tertakluk kepada rayuan atau kajian semula di dalam mana-mana mahkamah.
3. (Dimansuhkan).
4. (1) Menteri boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawai Kerajaan Persekutuan atau, dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri mana-mana Negeri, kepada mana-mana pegawai Kerajaan Negeri itu, mana-mana fungsinya di bawah Bahagian III Perlembagaan ini atau Jadual ini yang berhubung dengan kewarganegaraan melalui pendaftaran dan penyimpanan daftar-daftar, dan, berhubung dengan perintah-perintah di bawah perenggan (c) Fasal (1) Perkara 25 atau di bawah Perkara 26, mana-mana fungsinya di bawah Perkara 27 sebelum memutuskan sama ada hendak membuat suatu perintah yang sedemikian: tetapi mana-mana orang yang terkilan dangan keputusan seseorang yang kepadanya fungsi Menteri itu diwakilkan sedemikian boleh merayu kepada Menteri.
(2) Menteri boleh juga, dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri yang berkenaan, mewakilkan kepada suatu pihak berkuasa Negeri Sabah atau Sarawak (tertakluk atau tidak tertakluk kepada syarat-syarat yang membuat peruntukan bagi sesuatu rayuan daripada pihak berkuasa itu kepada Menteri) mana-mana fungsi Menteri di bawah Fasal (6) Perkara 28A yang tidak dikehendaki diwakilkan menurut Fasal (7) Perkara itu.
(3) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pendaftaran di bawah Fasal (2) Perkara 19A sebagaimana subseksyen itu terpakai bagi kewarganegaraan melalui pendaftaran, dan bagi pembatalan di bawah Fasal (4) Perkara 19A sesuatu pendaftaran di bawah Perkara itu sebagaimana subseksyen itu terpakai bagi sesuatu perintah di bawah Perkara 26.
5. (Dimansuhkan).
6. Tertakluk kepada undang-undang persekutuan, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah dan menetapkan borang-borang bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Bahagian III Perlembagaan ini.
7. Apa-apa kuasa Kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan, bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini, tempoh bagi mendaftarkan sesuatu kelahiran yang berlaku di luar Persekutuan boleh dijalankan sama ada sebelum atau selepas pendaftaran itu dibuat.
8. (Dimansuhkan).
9. Apa-apa notis yang hendaklah diberikan oleh Menteri kepada mana-mana orang di bawah Perkara 27 boleh dihantar kepada oarang itu di alamatnya yang akhir diketahui, atau, dalam hal seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun (yang bukan seorang perempuan bersuami), kepada ibu atau bapanya atau penjaganya di alamat ibu atau bapa atau penjaga itu yang akhir diketahui; dan jika sesuatu alamat yang ke situ notis boleh dihantar kepada mana-mana orang di bawah seksyen ini tidak diketahui dan tidak dapat ditentukan selepas siasatan yang munasabah dibuat, maka notis itu boleh diberikan dengan menyiarkannya dalam Warta.
10. (1) Menjadi kewajipan Menteri untuk menyusun dan menyenggarakan—
(a) suatu daftar warganegara melalui pendaftaran;
(b) suatu daftar warganegara melalui penaturalisasian;
(c) suatu daftar orang yang kepada mereka perakuan telah dikeluarkan di bawah Fasal (1) Perkara 30;
(d) suatu daftar orang yang telah melepaskan atau telah dilucutkan kewarganegaraan di bawah mana-mana peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini;
(e) (Dimansuhkan);
(f) suatu indeks mengikut abjad bagi semua orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d).
(2) sebutan dalam seksyen ini mengenai warganegara melalui pendaftaran atau melalui penaturalisasian hendaklah ditafsirkan mengikut Perkara 28 seolah-olah seksyen ini telah dimasukkan antara peruntukan yang baginya Perkara itu terpakai.
11. Jika Menteri mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu kekhilafan terdapat dalam mana-mana daftar yang disusun di bawah seksyen 10, maka dia hendaklah, selepas memberikan notis kepada orang yang berkenaan itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi daripadanya yang dipilih olehnya untuk dibuat, membuat apa-apa perubahan pada daftar itu sebagaimana yang didapati perlu oleh Menteri bagi membetulkan kekhilafan itu.
12. Tertakluk kepada seksyen 11, daftar tersebut hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang terkandung dalamnya.
13-15. (Dimansuhkan).
Kesalahan-kesalahan
16. (1) Menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama dua tahun atau denda sebanyak seribu ringgit atau kedua-duanya jika mana-mana orang—
(a) dengan disedarinya membuat apa-apa pernyataan palsu dengan tujuan untuk mendorong Menteri membenarkan atau menolak mana-mana permohonan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini, termasuk apa-apa permohonan untuk menentukan sama ada pemohon itu seorang warganegara melalui kuat kuasa undang-undang; atau
(b) memalsukan atau tanpa kuasa yang sah mengubah mana-mana perakuan, sama ada yang dikeluarkan atau diberikan di Persekutuan atau di mana-mana tempat lain, atau tanpa kuasa yang sah menggunakan atau ada dalam miliknya apa-apa perakuan yang telah dipalsukan atau diubah sedemikian; atau
(c) tidak mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan ke atasnya oleh mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 6 mengenai penyerahan perakuan; atau
(d) menyamar atau dengan cara palsu mengemukakan dirinya sebagai atau bukan sebagai seorang yang kepadanya suatu perakuan, sama ada yang dikeluarkan di Persekutuan atau mana-mana tempat lain, telah dikeluarkan atau diberikan dengan sewajarnya.
(2) Dalam seksyen ini, "perakuan" ertinya apa-apa perakuan daripada perihalan yang berikut yang dikeluarkan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini, iaitu:
(a) apa-apa perakuan pendaftaran atau perakuan naturalisasi sebagai seorang warganegara; dan
(b) apa-apa perakuan pendaftaran yang dibuat di suatu konsulat Persekutuan atau di mana-mana tempat lain di luar Persekutuan; dan
(c) apa-apa perakuan seperti yang disebut dalam Perkara 30.
Tafsiran
17. Berhubung dengan seseorang anak tidak sah taraf, sebutan mengenai bapa orang itu atau mengenai ibu atau bapanya, atau mengenai seorang daripada ibu bapanya adalah, bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai ibunya, dan dengan yang demikian itu seksyen 19 Jadual ini tidaklah terpakai bagi orang itu.
18. Berhubung dengan seseorang anak angkat yang pengangkatannya telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan, termasuk mana-mana undang-undang itu yang berkuat kuasa sebelum Hari Merdeka, Fasal (3) Perkara 15 hendaklah berkuat kuasa seolah-olah sebutan mengenai bapanya telah digantikan dengan sebutan mengenai pengangkat itu, dan sebutan dalam Fasal itu dan seksyen 9 Bahagian ini dalam Jadual ini mengenai ibu atau bapanya hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
19. Apa-apa sebutan dalam Bahagian III Perlembagaan ini mengenai taraf atau perihalan bapa seseorang pada masa kelahiran orang itu hendaklah, berhubung dengan seseorang yang lahir selepas kematian bapanya, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai taraf atau perihalan bapa itu pada masa kematian bapa itu; dan jika kematian itu berlaku sebelum Hari Merdeka dan kelahiran itu berlaku pada atau selepas Hari Merdeka, maka taraf atau perihalan yang akan terpakai bagi bapa itu sekiranya dia mati selepas Hari Merdeka hendaklah disifatkan sebagai taraf atau perihalan yang terpakai baginya pada masa kematiannya. Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan Hari Malaysia sebagaimana seksyen ini berkuat kuasa berhubung dengan Hari Merdeka.
19A. Bagi maksud Bahagian I atau II Jadual ini, seseorang yang lahir di atas sesuatu kapal atau pesawat udara berdaftar hendaklah disifatkan telah lahir di tempat di mana kapal atau pesawat udara itu telah didaftarkan, dan seseorang yang lahir di atas sesuatu kapal atau pesawat udara tidak berdaftar kepunyaan Kerajaan mana-mana negara hendaklah disifatkan telah lahir di dalam negara itu.
19B. Bagi maksud Bahagian I atau II Jadual ini, mana-mana kanak-kanak baru lahir yang dijumpai ditinggalkan tanpa perlindungan di mana-mana tempat hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah lahir di tempat itu dan ibunya bermastautin secara tetap di tempat itu; dan jika kanak-kanak itu dikira menurut kuasa seksyen ini telah lahir sedemikian, maka tarikh dia dijumpai hendaklah dikira sebagai tarikh lahirnya. 19C. Bagi maksud Bahagian I atau II Jadual ini seseorang hendaklah dikira telah bermastautin secara tetap pada bila-bila masa di Persekutuan jika, tetapi hanya jika, dia ketika itu bermastautin di Persekutuan dan sama ada—
(a) dia ketika itu mendapat kebenaran yang diberikan tanpa had masa di bawah mana-mana undang-undang persekutuan untuk bermastautin di Persekutuan; atau
(b) diperakui oleh Kerajaan Persekutuan bahawa dia hendaklah dikira bagi maksud itu sebagai seorang pemastautin tetap di Persekutuan.
20. (1) Pada menghitungan apa-apa kemastautinan di Persekutuan bagi maksud Bahagaian III Perlembagaan ini—
(a) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan selama kurang daripada enam bulan;
(b) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan bagi maksud apa-apa jenis pendidikan, di mana-mana negara dan selama apa-apa tempoh yang diluluskan dari semasa ke semasa sama ada secara am atau secara khas oleh Menteri;
(c) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana sebab-sebab kesihatan;
(d) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana bertugas dalam perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan mana-mana Negeri, jika tempoh itu selaras dengan keberterusan yang diperlukan bagi kemastautinan itu; dan
(e) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana apa-apa sebab lain yang ditetapkan secara am atau secara khas oleh Menteri,
Hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.
(2) Pada menghitung apa-apa kemastautinan di Persekutuan bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini—
(a) tempoh yang dalamnya seseorang telah tidak bermastautin dengan sah di Persekutuan;
(b) tempoh seseorang berada sebagai penghuni di dalam mana-mana penjara atau sebagai seseorang yang ditahan dalam jagaan yang sah di mana-mana tempat lain, selain hospital mental, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis Persekutuan; dan
(c) tempoh yang dalamnya seseorang dibenarkan tinggal sementara di Persekutuan di bawah kuasa apa-apa pas yang dikeluarkan atau perintah pengecualian yang dibuat di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis Persekutuan yang berhubungan dengan imigresen,
tidak boleh, kecuali dalam hal apa-apa tempoh yang disebut dalam perenggan (c), dengan persetujuan Menteri, dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.
(3) Bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini, seseorang hendaklah disifatkan bermastautin di Persekutuan pada sesuatu hari tertentu jika dia telah bermastautin di Persekutuan sebelum hari itu dan hari itu termasuk dalam apa-apa tempoh tidak ada di dalam Persekutuan yang disebut dalam subseksyen (1).
(4) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubungan dengan mana-mana bahagian Persekutuan dan wilayah-wilayah yang termasuk di dalam bahagian itu sebelum Hari Malaysia sebagaimana seksyen ini terpakai berhubungan dengan Persekutuan pada keseluruhannya, dan sebutan dalam subseskyen (1)(d) mengenai perkhidmatan sesuatu Negeri hendaklah termasuk, berhubung dengan wilayah-wilayah itu, perkhidmatan mana-mana Kerajaan yang mempunyai bidang kuasa di wilayah-wilayah itu sebelum Hari Malaysia; dan berhubungan dengan Hari Malaysia atau mana-mana hari yang kemudiannya subseksyen (3) hendaklah terpakai seolah-olah wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak telah pada setiap masa menjadi sebahagian daripada Persekutuan.
21. Bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini, "konsulat Persekutuan" termasuklah mana-mana pejabat yang menjalankan fungsi konsul bagi pihak Persekutuan.
22. Kecuali setakat yang konteksnya menghendaki makna yang lain, sebutan dalam Jadual ini mengenai Bahagian III Perlembagaan ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai Jadual ini