Tuesday, January 5, 2010

INTERNET DAN ISU BERKAITAN DENGAN SYARIKAT

Tarikan internet ialah internet merupakan satu rangkaian yang terbuka dan ia tidak memerlukan syarat kepada setiap individu untuk mengakses internet. Apa yang diperlukan adalah satu sistem browser yang mudah dan peralatan yang dipanggil modem yang merupakan satu ciri standard computer masa kini. Hubungan internet boleh diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah dan di university dengan mudah, oleh pekerja di pejabat atau di tempat kerja dan juga oleh setiap individu sama ada melalui computer peribadi mereka atau pun melalui kafe siber yang telah wujud di serata tempat akhir-akhir ini. Internet dikatakan sangat terbuka dimana ia tidak mempunyai limit terhadap perdagangan dan pembekal perkhidmatan untuk membekal pwrkhidmatannya. Pelbagai bentuk dan jenis produk dan perkhidmatan ada ditawarkan melalui internet.
Oleh sebab internet ialah sistem yang amat terbuka dan merupakan satu cara yang murah bagi menghebahkan maklumat kepada masyarakat. Penggunaannya didalam perdagangan semakin meningkat. Proses mengkomersialkan internet telah menjadi topic yang selalu dibincangkan dan dibahaskan bagaimana perdagangan melalui internet sepatutnya dijalankan.
Keterbukaan yang menjadi asset yang sangat penting kepada internet juga menjadi ancaman yang serius kepada risiko perdagangan sekuriti. Seseorang yang berhubung kepada yang lain melalui internet tidak mengenali antara satu sama lain. Pengguna internet juga tidak dapat mengenali keaslian maklumat yang diperolehi melalui internet . Maklumat yang diperolehi melalui internet berkemungkinan dipalsukan dan sistem komputer boleh diceroboh.[1]
Penggunaan Internet Oleh Syarikat
Syarikat –syarikat diseluruh dunia sekarang telah mula menggunakan teknologi internet dan mendapatkan faedah-faedah yang disediakan oleh teknologi ini terutama didalam perhubungan dengan kerajaan dan badan perundangan , pemegang-pemegang saham dan pelabor-pelabor secara elektronik. [2] Dari sudut perspektif syarikat, perhubungan elektronik ini boleh menjimatkan kos. Syarikat mungkin boleh secara elektronik menyampaikan notis kepada pemegang saham, mengemaskini maklumat korporat, mengeluarkan prospektus, dan membuat tawaran terhadap pembelian dan langganan sekuriti mereka. Manakala pelabor-pelabor mendapat faedah daripada teknologi internet ini apabila mereka boleh diyakinkan dengan maklumat yang terkini. Pemegang-pemegang saham boleh menerima berita dari lembaga pengarah syarikat dan maklumat lain boleh diperolehi dalam masa yang pendek. Mereka juga boleh menggunakan teknologi bagi membolehkan mereka hadir secara elektronik kepada mesyuarat agung dan menjalankan hak-hak mengundi secara atas talian . Syarikat juga boleh memfailkan dokumen statutory kepada kerajaan dan badan perundangan yang lain dengan segera dengan lebih cekap.
Notis kepada ahli dan mesyuarat syarikat.
Akta Syarikat 1967 mengandungi peruntukan-peruntukan yang menyatakan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal dokumen,[3] rekod [4]dan daftar[5]. Dokumen-dokumen berkenaan diperlukan dalam bentuk bertulis. Terdapat juga banyak contoh di dalam Akta Syarikat dimana tandatangan diperlukan pada setiap dokumen. Dokumen statutori yang dinyatakan didalam Jadual Kedua menekankan perlunya tandatangan pegawai-pegawai syarikat tertentu seperti pengarah, setiausaha, auditor, liquidator, pemegang saham substantial dan sebagainya. Akta Syarikat 1965 tidak menjelaskan secara terperinci maksud tandatangan berkenaan. Walau bagaimanapun Akta Tandatangan Digital memperakukan bahawa dokumen yang ditandatangani oleh tandatangan digital yang berdasarkan kepada akta berkenaan adalah mempunyai kesan yang sama dengan tandatangan sebenar. Ia adalah terikat mengikut undang-undang dan dianggap sebagai dokumen bertulis[6] dan dianggap tidak perlu diulangnyata ditalam Akta Syarikat 1965.
Dalam kes yang lain, Akta Syarikat 1965 mempunyai peruntukan khusus untuk pemfailan dokumen secara elektronik dan ianya adalah sah.. Seksyen 11A Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bahawa pendaftar akan menyediakan kemudahan untuk memfailkan dokumen secara elektronik seperti yang diperlukan oleh Akta Syarikat. Oleh kerana secara elektronik, dokumen yang difailkan tidak perlu di cop tandatangan atau di materi. Sek 11A(6) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bagi pengesahan dokumen yang difailkan secara elektronik, ia perlu mengikut syarat dan kaedah yang ditentukan oleh peraturan dan dibenarkan oleh pihak pendaftar. Juga Seksyen 358A Akta Syarikat 1965 menyatakan tentang penggunaan komputer dan sepertinya bagi penyimpanan rekod syarikat.
Daripada tinjauan , Akta Tandatangan Digital 1997 dan peruntukan yang sedia ada didalam Akta Syarikat belum mencukupi untuk memberi kemudahan kepada penggunaan transaksi elektronik oleh syarikat dan ada banyak peruntukan didalam Akta Syarikat perlu diteliti . Diantaranya adalah:
a. Mesyuarat
i. Seksyen 144(1) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bahawa ahli syarikat yang memegang tidak kurang dari 10% daripada modal berbayar syarikat boleh memanggil mesyuarat agung luarbiasa dengan menandatangani requisitation dan disserahkan ke pejabat berdaftar syarikat. Walaupun tangatangan boleh dibuat secara digital, ia masih tidak jelas sama ada ia terpakai kepada requisition dan dalam hal menyerahkannya. Peruntukan ini memerlukan penjelasan sama ada notis boleh dibenarkan dalam bentuk elektronik.
ii. Seksyen 145 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bahawa ahli yang memegang tidak kurang dari 10% daripada modal yang keluarkan boleh memanggil mesyuarat syarikat dengan notis bertulis tidak kurang dari 14 hari. Peruntukan ini memerlukan penjelasan dan adakah ia membenarkan secara khusus notis ini diberi secara elektronik.
iii. Semasa penyampaian notis mesyuarat kepada ahli , adakah syarikat boleh menganggap bahawa setiap ahli benar-benar menerimanya? Adakah keperluan terhadap satu peruntukan menganggap penerimaan dokumen elektronik yang dihantar?
iv. Notis merujuk kepada Seksyen 143 Akta Syarikat 1965, untuk Mesyuarat Agung Tahunan , notis mesti dihantar kepada semua ahli yang berhak untuk menerima notis, memperuntukkan notis mesti disampaikan secara individu. Adakah mencukupi jika akta membenarkan notis dihantar kepada lamanweb atau hompage syarikat?
v. Penyampaian notis secara individu menerusi cara elektronik hanya boleh dibuat jika ahli-ahli telah menyatakan alamat mail elektronik mereka untuk penyampaian itu. Ahli-ahli mungkin tidak mahu untuk memberi alamat e-mail mereka kerana tiada peruntukan dalam Akta Syarikat 1965 yang memerlukan syarikat merahsiakan alamat e-mail yang diberi. Ini mungkin akan menjadi isu penting. Peruntukan yang khusus tentang perkara ini perlu di wujudkan supaya syarikat diperlukan untuk merahsiakan maklumat alamat elektronik ahli-ahli.
vi. Bolehkah mesyuarat syarikat diadakan lebih dari satu tempat? Jika boleh adakah Akta Syarikat 1965 memerlukan ahli-ahli diberi peluang untuk menyertai mesyuarat tanpa memberitahu tempat mesyuarat dijalankan?
vii. Di dalam notis mesyuarat yang diberikan kepada ahli-ahli, bolehkah syarikat dikehendaki menyatakan secara khusus alamat elektronik bagi tujuan menerima perlantikan proksi semasa memberi notis mesyuarat? Penghebahan bahan-bahan yang berkaitan dengan proksi bagi mesyuarat tahunan dan undi proksi telah dinyatakan oleh International Security Commission Organisation (IOSCo) sebagai dua area yang mana internet mampunyai potensi untuk memperbaiki komunikasi diantara syarikat dan ahli-ahlinya .IOSCO mencadangkan pengurus mesyuarat untuk menyemak undang-undang bagi pengesahan proksi dengan berpandangan kepada penyingkiran jika terdapat halangan menggunakan internet bagi undian oleh proksi.[7]
viii. Seksyen 154 Akta Syarikat 1965 memerlukan salinan bercetak bagi setiap resolusi untuk difailkan oleh syarikat kepada pendaftar. Patutkah peruntukan ini dipinda bagi membenarkan pemfailan dokumen-dokumen secara elektronik? Seksyen 11A akta yang sama telah membenarkan pemfailan dokumen secara elektronik. Manakala Akta Suruhanjaya Sekuriti telah tidak membenarkan pemfailan secara elektronik atau transaksi elektronik secara amnya.[8]
MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH
Akta Syarikat 1965 tidak menetapkan peraturan terhadap mesyuarat lembaga pengarah ssesebuah syarikat. Mesyuarat lembaga pengarah biasanya ditentukan oleh artikel penubuhan syarikat. Artikel79, Jadual A, Akta Syarikat 1965 memperuntukkan mesyuarat lembaga pengarah diadakan di tempat yang dirasakan perlu oleh pengarah-pengarah. Tiada definasi yang khusus bagi menerangkan perkara ini. Dalam kebanyakan kes , artikel 1 Jadual A menerangkan maksud bertulis itu adalah merujuk kepada cetakan, lithography photografi, dan lain-lain bentuk persembahan atau pengeluaran semula perkataan dalam bentuk yang boleh dilihat.Tanpa mengambil kira Jadual A, adalah menjadi amalan biasa kepada syarikat untuk memperuntukkan didalam artikelnya bahawa notis untuk mesyuarat lembaga pengarah mesti didalam bentuk bertulis dan diserahkan secara individu kepada pengarah-pengarahnya. Perkara ini patut difikirkan kerana sama ada terdapat keperluan oleh penggubal undang-undang untuk memasukkan didalam Akta Syarikat bahawa notis kepada pengarah-pengarah dibuat dalam sebarang bentuk termasuk kiriman elektronik yang ditentukan oleh pengarah. Ia juga dirasakan perlu untuk memasukkan kaedah mesyuarat itu dikendalikan dan pengarah-pengarah sepatutnya dibenarkan untuk menggunakan kemudahan teknologi bagi mengendalikan mesyuarat mereka
[1] Jane Winn,(1998) Open System, Free Markets, and Regulation of Internet Commerce,72 L. Rev 1177
[2]
[3] Sek.42 Akta Syarikat 1965
[4] Sek. 358 Akta Syarikat 1965
[5] Sek.134 Akta Syarikat 1965
[6] Sek.62(2)(a), Sek 64, Sek 65 Akta Tandatangan Digital

[7] The Technical Comitee, International Organisation of Security Comission (IOSCO), Secyrity Activity on the Internet, (1998) (http://www.iosco.org)
[8] SC’s Consultation paper, Framework for the implementation of Electronic Commerce in Capital Market, (http://www.sc.com.my

No comments:

Post a Comment