Friday, January 15, 2010

Nostalgia 2

Masih terbayang ketika zaman kanak-kanak ku. Rumahku rumah kayu yang kukuh. Hasil kreativiti ayahku. Ayahku, diceritakan bahawa ayah ketika muda tinggal di Pulau Pinang dengan abang dan saudaranya. Abang dan saudaranya berniaga emas dan tukang pembuat songkok. Oleh kerana ayah pernah tinggal di rumah yang selesa ketika itu, ayah telah menyimpan impian untuk menyediakan rumah yang selesa untuk keluarga.

Ayah telah melengkapkan rumah kami dengan bilik air yang serba lengkap. Walaupun tiada bekalan air paip ketika itu, ayah menggunakan pam air supaya bekalan air diperolehi. Terima kasih ayah kerana memberikan keselesaan kepada kami walaupun hidup dalam suasana yang kekurangan. Jasa ayah tidak pernah luput dari ingatan kami. Semoga Allah menempatkan ayah bersama-sama orang yang beriman.

Rumah ku hanya 100 meter saja jaraknya daripada sekolah. dan sekolah adalah laluan untuk keluar dari rumahku. Kemana-mana pun akan melalui sekolah. Betapa meriahnya pada hari pesekolahan. Ibuku seorang yang baik hati. Di bucu rumahku iaitu di pancuran atap, disediakan tempayan besar bagu menakung air tadahan hujan untuk dibuat air minuman dan kegunaan memasak. Ketika masa rehat sekolah, menderu kanak-kanak sekolah meminta sedikit air untuk menghilangkan dahaga kerana tiada bekalan air paip di sekolah ketika itu. Ibu menyediakan cawan dan gayung unkuk kanak-kanak sekolah. Sekali sekala terdengar juga ibu memarahi mereka kerana berebut-rebut dan tidak menjaga kebersihan air berkenaan. Ibu jasamu dan budi baik mu tentu dikenang oleh mereka. Semoga Allah merahmati ibu dan dipanjangkan umur. Aku merinduimu ibu..

No comments:

Post a Comment