Wednesday, January 13, 2010

Selamat Belajar Permata Hatiku

Semalam 12hb Jan. Hari pendaftaran tigkatan satu SMKRPBainun. Dari mulut Aina tiada terkeluar kata-kata sedih mau pun gembira tentang hari pendaftaran itu. Mungkin dalam hatinya ada gembira untuk melangkah ke sekolah menengah. tiada nampak rasa ragu dimukanya untuk berpisah jauh dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan emaknya. Anakku baru ku sedari kau telah besar. Melangkah untuk hidup berdikari. Jauh dari ibu ayah. Belajar hidup sendiri tanpa mengharap sokongan ibu dalam urusan harianmu nanti. Ayah tahu sebelum kau pergi ke sekolah baru, ibumu telah mengajarmu membasuh dan menggosok pakaian mu. Ayah sentiasa mendoakan anakku sentiasa tabah mengharungi har-harimu.

Anakku, malam tadi ibu kata sunyi nya tanpa suaramu.. nampak ada air bergenang dikelopak mata ibu. Agaknya ibu rindu akan anakku. Apa pun ayah berdoa anakku sentiasa ceria disekolah baru. Ayah dan ibu tak rasa ragu meningalkan mu kerana kak ngah ada disitu. kak Ngah kata dia akan bantu jika kau memerlukannya.

Semoga anak-anakku sentiasa dirahmati Allah sentiasa.

No comments:

Post a Comment