Thursday, October 31, 2013

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

| Antara Yang KITA TIDAK TAHU | Ketika dalam "duduk di antara dua sujud." Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah.. Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..) Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni.. (Sayangi aku..) Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu. Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..) Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..) Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..) Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..) Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..) Wa'fuannii..(Maafkan aku..) Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain... Wallahu'alam Credit gambar: rotikaya.com

Wednesday, October 16, 2013

Semalam idil adha. Hari inianak-anak mula bergerak balik. Semoga perjalanan pulang anak-anak di lindungi Allah dari sebarang musibah. Pagi ini anakku akan pulang ke UNITEN Kuantan bersama-rakan -rakan dengan menaiki kereta. Petang ini aku akan menghantar anakku aina ke Taiping. Kemudian terus ke KL bersama Alia pula. sbab esok ada seminar di KL. Isteri ku ambil CRK esok.Semoga semuanya dalam perlindungan Allah SWT. Amin

Ubat Untuk Sembuh dan Jauhi Penyakit

Ubat Untuk Sembuh dan Jauhi Penyakit mahmod 1. Solat sunat Hajat setiap hari 2 rakaat selepas fardhu Maghrib. - dengan niat hajat jauh dari penyakit dan wabak serta sihat dzahir dan bathin 2. Sedeqah setiap pagi selepas subuh RM1.00 dan setiap petang selepasa Asar RM1.00 (jika mampu lebih, lagi banyak ganjaran) 3. Berdoa dengan Asmaul Husna Ya-Hayyuu, Ya-Qoyyum, Ya-Salam afiatkan badanku, pendengaranku dan penglihatanku. Ya Allah kurniakan kepadaku ilmu yang manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit. 4. Istiqomah sumbangan sedeqah kepada ibu dan bapa kita setiap bulan ikut kemampuan. Minimum beras/minyak masak/telor/ gula/ kopi/susu cukup untuk bulan ini dan bulan depan. 5. Untuk melihat hasil yang segera, amalkan solat sunat 2 rokaat sebelum fardhu Subuh dan solat Dhuha setiap hari. 6. Waktu terabai/semasa di lampu isyarat/di kaunter/ semasa “Q”/sedang tunggu kenderaan LRT/ MAS/ tunggu anak sekolah/ semasa minum teh tarik/ semasa sedang hisap rokok/dll/. Amalkan Istiqfar (Astaq-firul-lah hal-azhim-10 kali) dan selawat (Allah Hum-Masol-li`Ala Saidina Muhammad Wa`ala Ali-Saidina Muhammad -10 kali.) -tranungkite-

Thursday, October 10, 2013

Salam Idul Adha.

Hari ini 10hb. Anakku akan bercuti mulai esok sempena Idul Adha. Jam 12 nanti akan keluar ke Taiping untuk menjemput anakku pulang. Isteriku cuti kerana ingin bersama ke Taiping menjemput anakku. Esok Jumaat .. seorang lagi anakku alia akan pulang menaiki bas ekspress. Manakala Atiqah akan pulang bersama rakan menaiki kereta dari Pahang. Ya Allah, selamatkan perjalanan anak-anakku. Amin.

Ya Allah, naungi diriku dengan rahmat Mu

Ampun dan maaf atas kesilafan dan kekhilafanku yang berulang-ulang,segala kekurangan dan keterlanjuran dari kedaifan dan kedangkalan,kealpaan....

namum ku kan tetap berusaha berubah untuk menjadi hamba yang diredhai NYA.....Manusia yang berguna pada manusia lain....insan yang mengasihi saudaranya......

Moga segala apa yang ku lakukan mendapat keberkatan dari NYA......

Hadith Untuk Hari Ini - Doa

Email : Roslan

Assalamualaikum,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak ada suatu yang lebih mulia di sisi Allah Ta'ala melainkan doa." (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah).

Allah SWT juga berfirman dalam ayat Quran yang berikut:-

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
Surah Al- Baqarah, Ayat 186

Tiada sesiapa yang dapat menolong kita melainkan Allah SWT. Maka mintalah pertolongan dariNya sambil kita berusaha untuk menyelesaikan masaalah kita. Sambil berdoa kita pun hendaklah bersabar kerana pertolongan dari Allah SWT akhirnya akan datang, cuma bezannya ia datang dengan cepat atau lambat. Tetapi kalau kita tidak solat 5 kali sehari, tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, tidak mengeluarkan zakat atas harta-harta yang kita miliki, tidak bertaubat ke atas kesalahan-kesalahan kita dan membuat apa yang dilarang dan tidak membuat apa yang disuruh oleh Allah SWT, maka janganlah tertanya-tanya kenapa pertolongan itu tidak datang. Malah, bukan pertolongan yang datang, tapi azab pula yang datang.

Wallahu'alam

Renungan

Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunanNya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.. ~ Sayidina Abu Bakar As-Siddiq ~