Monday, August 15, 2011

Doa yang Mustajab: Waktu dan Amalannya

tajab : Waktu dan Amalannya

Solat hajat merupakan amalan yang sinonim dengan masyarakat kita. Selalunya jikalau ada sesetengah perkara contohnya peperiksaan anak, solat hajat selalunya didirikan dengan bacaan-bacaan tertentu untuk memohon pertolongan Allah S.W.T di dalam sesuatu perkara ataupun selain daripada itu.
Namun pernahkah kita menyemak semula, adakah solat hajat itu dari amalan Rasulullah S.A.W? Apakah baginda S.A.W dan para sahabat pernah mendirikan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah S.W.T? Adakah para sahabat pernah mengamalkannya di kala kesusahan? Jikalau baginda S.A.W tidak pernah mengamalkannya, maka apakah amalan yang baginda S.A.W dirikan bagi memohon pertolongan Allah S.W.T semasa baginda mempunyai hajat ataupun ketika ditimpa kesusahan? Apakah waktu-waktu yang baik untuk kita berdoa, agar amalan kita selari dengan kaedah dan amalan yang telah dilakukan Nabi Muhammad S.A.W? Apakah ada alternatif lain bagi kita untuk berdoa memohon hajat, selain daripada mendirikan solat hajat?


Sesungguhnya amalan solat hajat itu berasal dari hadis yang tidak berapa kuat sanadnya, atau dengan kata lain, hadis yang dhaif. Adapun bagi mereka yang mengatakan amalan solat hajat itu ada dalam amalan sunnah, dalam masa yang sama mereka mengatakan bahawa:

1) Tidak boleh didirikan secara berjemaah kerana bukan itu yang dilakukan di dalam hadis.

2) Tiada bacaan yang khusus di dalam solat hajat, iaitu rakaat pertama sekian bacaannya, rakaat kedua sekian bacaannya.

Berikut amalan, cara-cara dan waktu-waktu yang mana insya-Allah, merupakan jalan yang baik untuk kita memohon pertolongan Allah S.W.T. Segala apa yang ada di sini adalah hasil dari pembacaan dan juga pengajian penulis di dalam bidang hadis, dan diambil dari hadis-hadis yang sahih.

Waktu-waktu mustajabnya doa.

01.Satu pertiga malam

Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:

Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.

02.Sewaktu hujan turun

Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

03.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat

Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.

04.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat

Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.

05. Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

06. Setiap sujud di dalam setiap waktu solat

Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.

07.Waktu dhuha

Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:

1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau

2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.

Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...

Amalan-amalan yang memustajabkan doa.

01.Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.

Adapun amalan-amalan sunat yang sunnah, sila rujuk kepada artikel penulis "Mengejar Cinta Pemilik 'Arasy".

02.Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya sebagaimana yang penulis jelaskan di atas.

03.'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.

Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajjud, iaitu,

"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]

Kita lihat di sini sebagai dalil, bahawa boleh bagi kita setelah beramal baik, untuk kita menebus kembali (claim) daripada Allah S.W.T agar memustajabkan doa kita. Hal ini juga telah penulis bawakan di dalam kisah tiga orang sahabat yang terperangkap di dalam gua.

04.Menghulurkan pertolongan.

Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".

05.Sabar.

Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.

Doa-doa yang mustajab.

01.Ingin penulis kongsikan di sini beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:

"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang bererti:

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."

Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad.

02.Doa Nabi Musa A.S sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna:

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."

03.Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.

Sebagai contoh, ar-Raazik (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur (Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.

Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk Syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.

04.Doa tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya:

"Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"

Sungguh jika kita lihat secara teliti, dan kita pelajari dengan minda dan hati yang terbuka, kita akan dapati terlalu banyak doa dan amalan yang membawa kepada mustajabnya doa kita. Andai kita cuba beramal dengan semuanya, nescaya kita tidak akan mampu untuk beristiqamah dengannya. Kerana itu kita katakan bahawa ibadah baginda S.A.W adalah ibadah yang paling sempurna.

Penulis mengharapkan agar kita semua dapat berbalik kepada keindahan sunnah nabi S.A.W, dan kembali mengikuti cara dan saranan baginda S.A.W di dalam beribadah, agar doa kita tergolong di dalam doa-doa yang mustajab.

Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari doa yang tidak mustajab dan dari ilmu yang tidak berguna.

Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari najis bid'ah dan syirik.

Ya Allah peliharalah kemurniaan aqidah kami kepada-Mu.

Selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan sahabat handai baginda yang beroleh kebaikan di sisi-Mu.

Ya Allah... Bimbinglah kami selama mana kami hidup bernafas, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang mendapat kebaikan di sisi-Mu.

Ya Allah... Sudahkah aku sampaikan pesanan-Mu...?

Thursday, August 11, 2011

Betul-betul keterlaluan orang yang mempunyai ibu bapa tetapi tidak boleh menghantarnya ke syurga



Salah seorang sahabat ra pernah datang kepada Rasulullah saw dan berkata,”Wahai Nabi, sungguh ibuku telah uzur lantaran tua. Akulah yang beri makan minum dengan tanganku. Aku pun mewudhuinya, mengangkatnya di atas bahuku. Sudahkah aku bayar semua jasa-jasanya untuk yang demikian itu?”

“Belum,”jawab Rasulullah,”Sedikit pun belum. Walaupun satu persen sekali pun. Namun engkau telah berlaku baik. Allah akan memberimu pahala yang banyak atas amalmu yang sedikit itu.”

Dari Abi Burdah, ia melihat Ibnu ‘Umar dan seorang penduduk Yaman yang sedang tawaf di sekitar Ka'bah sambil menggendong ibunya di punggungnya. Orang itu menyanyi lembut, "Sesungguhnya diriku adalah tunggangan yang sangat patuh dari seorang ibu. Apabila tunggangan yang lain lari, maka aku tidak akan lari."

Orang itu lalu berkata, "Wahai Ibnu Umar apakah aku telah membalas budi kepadanya?" Ibnu Umar menjawab, "Engkau belum membalas budinya, walaupun setarik nafas yang ia keluarkan ketika melahirkan." (Adabul Mufrod no. 11. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih secara sanad)

Dari Thaisalah bin Mayyas, ia berkata bahwa Ibnu Umar pernah bertanya, "Apakah engkau takut masuk neraka dan ingin masuk syurga?" ”Ya, saya ingin”, jawabku. Beliau bertanya, "Apakah kedua orang tuamu masih hidup?" "Saya masih mempunyai seorang ibu", jawabku.

Beliau berkata, "Demi Allah, sekiranya engkau berlemah lembut dalam berkata baik kepadanya dan memasakkan makanan baginya, sungguh engkau akan masuk syurga selama engkau menjauhi dosa-dosa besar."(Adabul Mufrod no. 8. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Apakah kalian mahu kuberitahu mengenai dosa yang paling besar?" Para sahabat menjawab, "Mahu, wahai Rasulullah."Beliau lalu bersabda, "(Dosa terbesar adalah) mempersekutukan Allah dan derhaka kepada kedua orang tua."

Beliau mengucapkan perkara itu sambil duduk bertelekan [pada tangannya]. (Tiba-tiba beliau membetulkan duduknya dan berkata), "Dan juga ucapan (sumpah) palsu." Beliau mengulang-ulang perkataan itu sehingga saya berkata (dalam hati), "Duhai, seandainya beliau diam." (HR. Bukhari dan Muslim)

Bahkan dalam beberapa ayat, Allah selalu menghubungkan amalan berbakti pada orang tua dengan mentauhidkan-Nya dan larangan berbuat syirik. Ini semua menunjukkan agungnya amalan tersebut. Allah Ta’ala berfirman,

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. QS Al Israa’ 17:23.

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. QS Luqman 31:15.

Begitu dalamnya rahsia penilaian Rasulullah perihal besarnya jasa orang tua khususnya seorang ibu. Dan betapa besar pula pahala berbakti kepadanya. hingga beliau pernah bersabda ."Sungguh celaka, sungguh celaka, sungguh celaka."

Ada yang bertanya, "Siapa, wahai Rasulullah?" Beliau bersabda, ”(Sungguh celaka) seorang yang mendapati kedua orang tuanya yang masih hidup atau salah satu dari keduanya ketika mereka telah tua, namun justeru ia tidak masuk syurga."(HR. Muslim)

Dari sabda Rasulullah SAW di atas, sudah jelas jika orang yang sehingga tidak masuk syurga padahal orang tuanya yang berusia lanjut masih hidup, betul betul orang itu keterlaluan.

Wednesday, August 3, 2011

Surah Al Waqiah

Nilai Puasa

Rasulullah SAW dalam meriwayatkan Hadits Qudsi menyatakan bahawa ALLAH SWT Berfirman:-


"Semua amal perbuatan Bani Adam menyangkut dirinya peribadi,kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKu dan kerana itu Akulah yg langsung membalasnya. Puasa itu ibarat perisai. Pada hari melaksanakan puasa mengucapkan kata-kata kotor,tidak sopan dan tidak enak didengar dan jangan pula hingar-bingar bertengkar. Jika di antara kalian memakinya atay mengajak berkelahi,hendaknya katakan kepadanya: " Sy sedang bepuasa."
Selanjutnya Nabi SAW bersabda: "Demi ALLAH yg diri Muhammad dalam kekuasaanNya,sesungguhnya bau busuk mulut org berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH 73)dari bau kasturi". Dan bagi orang berpuasa kegembiraan,gembira ketika berbuka puasa kerana sampai waktunya dan gembira ketika kelak menemui RabNya kerana menerima pahala puasanya.
(HQR Syaikhani,Nasa`i dan Ibnu Hibban yg bersumberkan Abu Hurairah)

#Semua amal ibadah dan perbuatan taat mempunyai pahala dan ganjaran tertentu dan terbatas,yang akan diterima oleh org itu sesuai dengan amalnya.

#Adapun puasa yg dilakukan dengan ikhlas menurut tuntutan syara` pahalanya yg besar langsung dari kurnia dan rahmatNya yg Maha Pemurah lagi Penyanyang."

Hadis di atas termasuk untuk melaksanakan adab dan tatacara berpuasa yg ikhlas dan bernilai tinggi:
i) Memelihara lidah dan anggota badan lainnya dari perbuatan yg tidak manfaat

ii)Menjaga diri jangan sampai terlibat dalam satu pertengkaran apalagi perkelahian.

"Satu kebajikan(dibalas) menjadi sepuluh ganda sedang kejahatan dibalas seimbang dengan dosanya atau Kuampuni sama sekali meskipun dia menghadap AKU dengan kesalahan-kesalahan hampir sebesar bumi. Barangsiapa merencakan hendak melaksanakan satu kebajikan ettapi belum dikerjakannya akan dicatat(oleh malaikat) bagi nya satu kebajikan. Dan barangsiapa merencana hendak melakukan satu kejahatan tapi belum dikerjakkannya tidaklah dicatatkan baginya sedikitpun(yg dianggap sebagai dosa). Dan Barangsiapa yg mendekatkan diri kepadaKU sejengkal,AKU akan mendekat kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yg mendekatkan dirinya kepadaKu sehasta,Aku akan mendekat kepadanya sedepa."
(HQR Thabrani yg bersumber dari Abu Dzar)

"Barangsiapa yg tidak mau meninggalkan perkataan palsu dan perbuatan palsu,ALLAH tidak akan memperdulikan amal perbuatan ketika meninggalkan makan minumnya(puasa)."
(H.R Ahmad bin Hambal,Bukhari,Abu Daud Tarmidzi dan Ibnu Majah yg bersumberkan Abu Hurairah)

"Bukanlah org berpuasa itu itu hanya berpuasa dari makan dan minum saja,tetapi juga dari omong-omong kosong dan kotor. Jika ada yg memaki-makimu atau berbuat kurang ajar padamu,ucapkanlah aku sedang berpuasa,sungguh aku sedang berpuasa."
(Al-Hadist)

"Banyak org yg berpuasa yg tidak dpt bagian(pahala) hanyalah lapar belaka dan banyak pula org berjaga malam(untuk solat dan zikir) yg tidak dapatkan bahagian(pahala) dari berjaganya itu kecuali hanyalah(kelelahan) berjaga-jaga itu saja."
(Hadits riwayat Ibnu Majah yg bersumber dari Abu Hurairah R.A.)

"Apabila sudah masuk bulan Ramadhan,Dibukankan semua pintu syurga,ditutup rapatlah semua pintu neraka dan di belenggu semua syaitan"
(Al-Hadist)

"Barangsiapa yg melakukan puasa di bulan Ramadhan semata-mata kerana iman dan mengharapkan redha ALLAH,Diampuni dosa-dosanya yg telah lalu. Dan barangsiapa yg bangun malam(untuk solat dan zikir) pada malam Qadar semata-mata kerana iman dan mengharap redha ALLAH,Nescaya diampuni dosa-dosanya yg telah lalu."
(Al-Hadist)

"Apabila telah tiba permulaan bulan Ramadhan dibelunggu lah semua syaitan dan iblis yg nakal-nakal,ditutup rapatlah pintu neraka tidak satu pun yg dibuka. Dan dibuka semua pintu surga,tidak satu pun yg ditutup serta diumumkan; "Wahai orang-orang yg suka melakukan kebajikan mengadaplah........ Wahai orang yg suka melakukan kejahatan dipersilakan mundur." ALLAH menetapkan pembebasan orang-orang dari nereka selama sebulan Ramadhan yg dilakukan pada tiap-tiap malam selama bulan Ramadhan."
(Al-Hadist)

"Alangkah kecewanya orang yg sejak tiba bulan Ramadhan hingga bulan tidak diberi ampunan."
(Al-Hadist)

p/s:Marilah kita sering berdoa semoga dikurniai taufik dan kekuatan lahir batin untuk melaksanakan ibadah puasa dengan hati tulus ikhlas dan taubat yg benar..Amin

Tuesday, August 2, 2011

Ya Ramadan

dah 2 hari berpuasa.. semoga tabah dan sihat ketika menjalankan ibadah puasa.

Jangan lah menghalang .....

Ayat al-Quran menyatakan: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (solat dan) menyebut mengingati Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.” (Maksud Ayat 114 Surah Al-Baqarah)

Terkial-kial....

Terlalu lama telah tidak di up date.. terkial-kial untuk masuk semula blog ini. Sempena Ramadan ini akan ku coba untuk menulis semula. diary hidup ku