Friday, June 12, 2015

PENGURUSAN RISIKO CUKAI 2

Pengurusan risiko adalah satu proses yang distrukturkan, mengandungi langkah-langkah yang diterjemahkan dengan baik berdasarkan kepada pengenalan, analisa, keutamaan, dan kawalan risiko supaya ia menyokong dan memperbaiki setiap keputusan yang diambil. Dalam erti kata yang lain, pengurusan risiko cukai adalah satu proses bagi menimbangkan tindakan yang akan diambil terhadap operasi perniagaan  supaya setiap tindakan yang diambil akan mengambil kira risiko cukai yang mungkin akan timbul. Pengurusan risiko cukai juga merupakan cara kerja dan berfikir bagi memberikan jawapan yang lebih baik terhadap soalan-soalan yang timbul dalam hal-hal yang berkaitan dengan percukaian di samping dapat membantu syarikat membuat keputusan yang lebih baik bagi mencapai objektif mereka. Tujuan pengurusan risiko adalah untuk membolehkan pentadbir cukai dalam sektor perniagaan menyesuaikan misi mereka dengan memudahkan pengurusan untuk membuat satu keputusan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment