Pengurusan
risiko adalah satu proses yang distrukturkan, mengandungi langkah-langkah yang diterjemahkan
dengan baik berdasarkan kepada pengenalan, analisa, keutamaan, dan kawalan risiko
supaya ia menyokong dan memperbaiki setiap keputusan yang diambil. Dalam erti
kata yang lain, pengurusan risiko cukai adalah satu proses bagi menimbangkan tindakan
yang akan diambil terhadap operasi perniagaan
supaya setiap tindakan yang diambil akan mengambil kira risiko cukai
yang mungkin akan timbul. Pengurusan risiko cukai juga merupakan cara kerja dan
berfikir bagi memberikan jawapan yang lebih baik terhadap soalan-soalan yang
timbul dalam hal-hal yang berkaitan dengan percukaian di samping dapat membantu
syarikat membuat keputusan yang lebih baik bagi mencapai objektif mereka. Tujuan
pengurusan risiko adalah untuk membolehkan pentadbir cukai dalam sektor
perniagaan menyesuaikan misi mereka dengan memudahkan pengurusan untuk membuat
satu keputusan yang lebih baik.
Showing posts with label Pengurusan Risiko Cukai. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Risiko Cukai. Show all posts
Friday, June 12, 2015
Thursday, June 11, 2015
PENGURUSAN RISIKO CUKAI 1
Sistem percukaian sudah lama wujud di
Tanah Melayu.[1] Pada zaman pemerintahan Kesultanan
Melayu di Melaka, cukai dipungut daripada semua kapal yang melalui Selat
Melaka. Sistem cukai pendapatan mula diperkenalkan penjajah Inggeris pada awal
kurun ke-20 untuk tujuan membiayai perbelanjaan perang empayar British tetapi
kemudian dihentikan selepas mendapat tentangan rakyat dari Negeri-Negeri Selat[2]. Ini jelas menunjukkan
percukaian berperanan penting dalam perkembangan sistem ekonomi dan sosial
negara sejak manusia hidup bertamadun dan tujuan utama kerajaan mengenakan
cukai dari zaman purba hingga sekarang adalah untuk mendapatkan sumber kewangan
bagi perbelanjaan negara dan rakyat.
Percukaian itu sendiri melalui
proses perkembangan berterusan daripada satu sistem kutipan hasil secara mudah
tanpa sebarang peraturan bertulis kepada satu sistem perundangan dan
pentadbiran yang lebih kompleks. Namun prinsip asas percukaian tetap berkekalan
sehingga hari ini iaitu sebagai suatu mekanisme mengumpulkan hasil daripada
individu, syarikat atau entiti lain untuk membangunkan negara dan menyediakan
pelbagai kemudahan awam bagi manfaat dan kesejahteraan rakyat.[3]
Pengurusan cukai bagi setiap pembayar cukai merupakan
perkara yang penting untuk melindungi diri daripada menghadapi
tindakan-tindakan yang mungkin akan diambil oleh Pihak Berkuasa. Menurut Amoros (1984), pengurusan ialah satu sistem cukai yang adil
dalam ekonomi yang membangun di mana ia perlu dibentuk secara teknikal dan
kompleks. Bahkan juga menurut Slemrod (1992) pada tahap yang
tertentu kompleksiti diperlukan dalam sistem cukai.[4] Ini adalah kerana setiap pembayar cukai adalah berbeza
dari segi pendapatan, tanggungan, pelepasan dan sebagainya. Ini secara langsung
telah menjadikan tanggungan cukai seseorang turut berbeza. Ekoran itu,
kebanyakan negara dilihat mempunyai bentuk sistem yang kompleks untuk mencapai
matlamat pengutipan dan pengagihan cukai yang adil dan sistematik.
[1] Dato’
Hasmah Abdullah. (laman web:http://blog.hasil.gov.my/?p=305) [26
Februari 2009]
[2] Pada ketika itu, negeri-negeri tersebut ialah Pulau Pinang,
Melaka dan Singapura.
[4]
Joel Slemrod. 1992. “Do We Know How Progressive The Income Tax System Should
Be?” National Tax Journal. September 1983. 36930. pp.36-369.
Subscribe to:
Posts (Atom)